The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Liga Super 18 | Selangor FC lwn Kuching City FC | 2025/26 | Cabaran Sengit Malam Ramadan

Feb 22, 2026 - FAS

Selangor FC akan menerima kunjungan Kuching City FC bagi perlawanan Liga Super ke-18 musim ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 10 malam, bersempena jadual perlawanan pada bulan Ramadan.

Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di kedudukan kedua liga dengan 32 mata daripada 16 perlawanan (10 kemenangan, dua seri dan empat kekalahan), hanya satu mata di hadapan pencabar terdekat, Kuching City FC, yang mengumpul 31 mata. Oleh itu, perlawanan #SFCKUC ini dijangka menjadi aksi penentuan kedudukan kedua bagi minggu ke-18 saingan Liga Super 2025/26.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, pasukan perlu kekal rendah diri dan terus memberikan cabaran kepada lawan.

“Kuching City merupakan pasukan yang kuat dengan barisan pemain yang baik serta kerja berpasukan yang sangat baik. Jadi, kita perlu bersedia sepenuhnya dan sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada pihak lawan dengan memberikan cabaran yang sengit. Pada masa yang sama, kita juga perlu kekal rendah diri dan sentiasa mempunyai keinginan untuk menjaringkan lebih banyak gol untuk penyokong, terutamanya di laman sendiri,” kata beliau.

Pemegang Pas Bermusim Selangor FC dijemput untuk memeriahkan Majlis Iftar Muhibah bersama kami sebelum perlawanan bermula di bahagian grandstand stadium pada jam 7.30 malam. Pelbagai juadah berbuka puasa akan disediakan dan solat berjemaah turut diadakan sepanjang majlis berlangsung sebelum sepak mula. Dapatkan makluman lebih lanjut dan liputan terkini majlis di Instagram Selangor FC

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan mempertahankan kubu Gergasi Merah dengan mempamerkan aksi memberangsangkan pada malam ini. Bagi yang belum dapatkan tiket #SFCKUC, beli sekarang di sini. Ayuh, Gergasi Merahku!

Demi Kebanggaan!